SUMBANGAN KEPADA MANGSA BANJIR

Ipoh, 18 Januari 2021 – PACSU Cawangan Perak telah menyampaikan sumbangan berupa wang tunai dan pek banjir kepada pegawai awam yang terkesan dengan bencana banjir yang melanda di daerah Muallim dan Hilir Perak.

Jumlah mangsa yang terlibat sebanyak tiga orang di Daerah Muallim dan seorang di Daerah Hilir Perak. Bantuan sumbangan ini khususnya kepada ahli PACSU dan dipanjangkan juga kepada bukan ahli PACSU.

Pengerusi PACSU Cawangan Perak Pn. Rohaniah binti Razali berkata, “Walaupun sumbangan ini tidak seberapa namun sedikit-sebanyak diharapkan ia mampu mengurangkan beban perbelanjaan ditanggung oleh kalangan pegawai awam yang terjejas.

“Sumbangan ini juga sebagai tanda kami daripada barisan kepimpinan PACSU Perak sentiasa menyantuni ahli-ahli yang ditimpa musibah dan diharapkan bantuan itu dapat menaikkan semangat mereka untuk meneruskan kehidupan seperti biasa,” katanya.

W

,