MAJLIS PENYAMPAIAN SUMBANGAN BANTUAN BANJIR TAHUN 2021 ANJURAN CUEPACS NEGERI PAHANG

Kuantan, 13 Mac 2021 (Sabtu) – Majlis Penyampaian Sumbangan Bantuan Banjir Tahun 2021 Kepada Penjawat Awam Negeri Pahang Anjuran CUEPACS Negeri Pahang telah diadakan di Dewan Majlis Bandaran Kuantan. Program ini telah disempurnakan oleh Ybrs. Tn. Hj. Adnan bin Mat, Presiden CUEPACS Malaysia.

Program ini telah dihadiri oleh Sdri. Seri Embun binti Ishak, Pengerusi PACSU Cawangan Pahang bagi mewakili ahli-ahli PACSU di Negeri Pahang. PACSU Cawangan Pahang mengucapkan ribuan terima kasih kepada CUEPACS Malaysia dan CUEPACS Negeri Pahang di atas sumbangan yang diberikan. Semoga sumbangan ini sedikit sebanyak membantu mengurangkan beban yang ditanggung oleh mangsa banjir Penjawat Awam Negeri Pahang.

Seramai 31 ahli PACSU Cawangan Pahang terlibat dalam musibah banjir kali ini. Sumbangan ini akan diserahkan kepada ahli yang terlibat dalam masa terdekat.

WhatsApp Image 2021-03-13 at 18.21.17 (1) WhatsApp Image 2021-03-13 at 18.21.17 WhatsApp Image 2021-03-13 at 18.21.18 (1) WhatsApp Image 2021-03-13 at 18.21.18 (2) WhatsApp Image 2021-03-13 at 18.21.19 WhatsApp Image 2021-03-13 at 18.21.48

 

,