SAMBUTAN PERINGATAN HARI POLIS KE-214 KONTINJEN PAHANG

Pahang, 25/3/2021 (Khamis) – Sambutan Memperingati Hari Polis Ke-214 berlangsung di Dewan Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah, Kuantan. Sambutan hari polis tahun ini melibatkan kumpulan ‘detachment’ terdiri daripada Pegawai Kanan Polis, Pegawai Rendah Polis dan Pegawai Awam Polis daripada pelbagai Jabatan Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang.

PACSU Cawangan Pahang juga dijemput bagi memeriahkan lagi Majlis Sambutan Memperingati Hari Polis pada hari ini yang dihadiri oleh Sdri. Seri Embun binti Ishak, Pengerusi PACSU Cawangan Pahang.

YAB Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Bin Wan Ismail, Menteri Besar Pahang dan YH Dato’ Mohd Zakaria Bin Ibrahim, Wakil Setiausaha Kerajaan Pahang turut hadir memeriahkan sambutan Hari Polis ke 214 yang diadakan secara sederhana dan mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) yang digariskan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Sambutan secara serentak juga diadakan di setiap Ibupejabat Polis Daerah (IPD) dalam Kontinjen Pahang dengan perutusan Ketua Polis Negara yang disampaikan oleh Ketua Polis Daerah masing-masing.

Tahniah diucapkan kepada semua Pegawai Awam PDRM Pahang khususnya merupakan ahli PACSU Pahang yang menerima Surat Penghargaan Ketua Polis Pahang Sempena Hari Polis ke-214.

Tahniah juga diucapkan kepada CC Mohamad Yazid bin Hashim atas penerimaan Anugerah Juara Integriti bagi kategori Pegawai Awam. Anugerah tersebut disampaikan sendiri oleh Perdana Menteri kepada semua penerima di Dataran Kawad Pusat Latihan Polis (PULAPOL) Kuala Lumpur.

 

WhatsApp Image 2021-03-26 at 11.25.33 (1) WhatsApp Image 2021-03-26 at 11.25.33 (2) WhatsApp Image 2021-03-26 at 11.25.33 (3) WhatsApp Image 2021-03-26 at 11.25.33 (4) WhatsApp Image 2021-03-26 at 11.25.33 WhatsApp Image 2021-03-26 at 11.26.37 (1) WhatsApp Image 2021-03-26 at 11.26.37 (2) WhatsApp Image 2021-03-26 at 11.26.37 (3) WhatsApp Image 2021-03-26 at 11.26.37 (4) WhatsApp Image 2021-03-26 at 11.26.37 (5) WhatsApp Image 2021-03-26 at 11.26.37 (6) WhatsApp Image 2021-03-26 at 11.26.37 (8) WhatsApp Image 2021-03-26 at 11.26.37 WhatsApp Image 2021-03-26 at 11.27.07 (1) WhatsApp Image 2021-03-26 at 11.27.07 (2) WhatsApp Image 2021-03-26 at 11.27.07 (3) WhatsApp Image 2021-03-26 at 11.27.07 (4) WhatsApp Image 2021-03-26 at 11.27.07 (5) WhatsApp Image 2021-03-26 at 11.27.07 (6) WhatsApp Image 2021-03-26 at 11.27.07

,