PROGRAM AGIHAN REZEKI UMMAT ANJURAN CUEPACS NEGERI SEMBILAN

Seremban, 24/03/2021 – PACSU Negeri Sembilan telah dijemput untuk menghadiri Program Agihan Rezeki Ummat Untuk Petugas Barisan Hadapan Tahun 2021 anjuran bersama MyFundAction, CUEPACS Negeri Sembilan dan Penjara Seremban pada 24/03/2021 jam 3.00 petang di Dewan Melati, Penjara Seremban.

PACSU NS diwakili oleh Setiausaha PACSU dan diharapkan program seperti ini sentiasa diadakan bagi menghargai petugas barisan hadapan yang terkesan dengan pandemik COVID 19.