PROGRAM CERAMAH AGAMA ANJURAN PACSU CAWANGAN NEGERI SEMBILAN

Seremban, 23/03/2021 – Bertempat di Galeri Di Raja Tuanku Ja’afar Seremban Negeri Sembilan telah diadakan Program Ceramah Wacana Ilmiah yang bertajuk ” Ramadan Di Dalam Kehidupan Norma Baharu yang telah disampaikan oleh Ustaz Norazman Bin Amat dari Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan.

Turut hadir memeriahkan majlis yang dihadiri oleh Pengerusi dan barisan AJK PACSU NS serta ahli – ahli PACSU NS seluruh daerah. Ceramah merangkumi persediaan menyambut bulan Ramadan yang bakal disambut tidak lama lagi selain daripada berkongsi ilmu dalam kehidupan norma baharu dimana seperti kita maklum seluruh dunia sedang mengalami pandemic COVID -19.

Sejurus sahaja selesai Program ceramah, diadakan Mesyuarat AJK PACSU bagi membincangkan persedian Mesyuarat Agung PACSU NS Bil 70 yang akan diadakan pada 06/04/2021 di Pall Mall Seremban yang akan dirasmikan oleh Ketua Polis Negeri Sembilan.

89515d52-9d1c-43bf-8036-cd5ff3218655 ad89a75b-ce4c-4a4d-a04a-fa6eda419044 6c475bbe-b69b-4216-b01b-efddcc62593c 25af91af-a360-4a98-b016-ba014d6b20a6 26ba7ae5-d0f3-4bbd-bbf4-f5be3c8d8b95 97df662d-0d4d-4333-be33-7b4d91804a62 1091c075-b37a-4743-b4ba-2e86806cae95