MAJLIS SAMBUTAN PERINGATAN HARI POLIS KE-214 KONTINJEN KEDAH.

Kedah, 25hb Mac 2021 (Khamis) – Majlis Sambutan Memperingati Hari Polis Ke-214 berlangsung di Dataran IPK, Alor Setar, Kedah. Sambutan hari polis tahun ini melibatkan kumpulan ‘detachment’ terdiri daripada Pegawai Kanan Polis, Pegawai Rendah Polis dan Pegawai Awam Polis daripada pelbagai Jabatan Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kedah.

PACSU Cawangan Kedah juga turut serta bagi memeriahkan lagi Majlis Sambutan Memperingati Hari Polis. YDH Dato’ Ketua Polis Kedah telah menyampaikan ucapan bagi pihak YDH Ketua Polis Negara sempena sambutan Hari Polis ke 214 yang diadakan mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) yang digariskan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Sambutan secara serentak juga diadakan di setiap Ibupejabat Polis Daerah (IPD) dalam Kontinjen Kedah dengan perutusan Ketua Polis Negara yang disampaikan oleh Ketua Polis Daerah masing-masing.

Tahniah diucapkan kepada semua Pegawai Awam PDRM Kedah khususnya merupakan ahli PACSU Kedah yang menerima Surat Penghargaan Ketua Polis Kedah Sempena Hari Polis ke-214.

Tahniah juga diucapkan kepada Ahli PACSU semua yang terlibat secara langsung atau tidak secara langsung.

,