MAJLIS SERAH TERIMA TUGAS JAWATAN SETIAUSAHA AGUNG, TIMBALAN SETIAUSAHA AGUNG DAN PEGAWAI PELAJARAN PACSU.

PACSU, Bangsar, 01 April 2021 : Telah berlangsungnya Majlis Serah Terima Tugas bagi Jawatan Setiausaha Agung, Timbalan Setiausaha Agung dan Pegawai Pelajaran yang bertempat di Pejabat PACSU Bangsar, Kuala Lumpur pada jam 10.00 secara langsung dan secara maya.

Majlis disaksikan oleh Saudara Anuar bin Mamat, Presiden PACSU. Majlis dimulai dengan penyerahan surat perlantikan Saudara Mohd Fadli bin Mohd Noor terima tugas jawatan Naib Presiden. Serah terima tugas jawatan Setiausaha Agung PACSU ini diantara Saudara Mohd Fadli bin Mohd Noor dengan Saudara Mohd Azli bin Suhaimi. Serah terima tugas jawatan Timbalan Setiausaha Agung PACSU ini diantara Saudara Mohd Azli bin Suhaimi dengan Saudara Rohaizad bin Khalil. Serah terima tugas jawatan Pegawai Pelajaran PACSU ini diantara Saudara Rohaizad bin Khalil dengan Saudara Muhammad Najib bin Ishak.

Turut hadir Barisan Pegawai Kanan PACSU, Saudara Anuar bin Mamat, Presiden PACSU, Tuan Haji Mohd Zaki bin Mahmood, Timbalan Presiden PACSU, YM Raja Hazlan bin Raja Hussin, Bendahari Agung PACSU, Saudari Norzian bin Kamaruddin, Pengerusi Cawangan Kuala Lumpur serta barisan Pengerusi-Pengerusi PACSU Cawangan.

,