PROGRAM MALAYSIA PRIHATIN DAN MAJLIS PENYERAHAN GERAN PEMBANGUNAN KESATUAN SEKERJA (GPKS) ZON TENGAH (SELANGOR DAN WILAYAH PERSEKUTUAN)

Shah Alam, Selangor, 05 April 2021 : Telah berlangsungnya Program Malaysia Prihatin dan Majlis Penyerahan Geran Pembangunan Kesatuan Sekerja (GPKS) Zon Tengah (Selangor & Wilayah Persekutuan) yang bertempat di Geno Hotel Shah Alam, Selangor. Majlis disempurnakan oleh YB Datuk Seri M. Saravanan, Menteri Sumber Manusia.

PACSU dihadiri oleh Saudara Anuar bin Mamat, Presiden PACSU, Saudara Mohd Fadli bin Mohd Noor, Naib Presiden PACSU dan Saudara Mohd Azli bin Suhaimi, Setiausaha Agung PACSU.

Dalam Majlis tersebut PACSU telah menerima Sumbangan GPKS berjumlah RM7,800.00 yang dikhususkan utk mengadakan kursus dan latihan.

,