KEJOHANAN “SUKAN INDOOR GAME” PIALA KETUA POLIS DAERAH IPOH

Ipoh, 8 April 2021 – Majlis perasmian penutup kejohanan ‘sukan indoor game’ Piala Ketua Polis Daerah Ipoh telah diadakan di perkarangan Balai Polis Pekan Baru, Ipoh. Kejohanan yang berlangsung selama dua hari pada 7 April sehingga 8 April 2021 telah di adili oleh juri jemputan luar. Tiga acara yang di pertandingkan ialah pertandingan catur, dart dan karum.

Tahniah dan syabas diucapkan kepada pasukan yang menjuarai piala pusingan  iaitu kumpulan (BSJD Ipoh, Balai Polis Simpang Pulai, Balai Polis Taman Rishah dan Balai Polis Lahat) bagi keseluruhan acara yang di pertandingkan. Kejohanan ‘sukan indoor game’ ini telah disertai oleh 110 orang yang terdiri daripada Pegawai Kanan, Pegawai Rendah Polis dan Pegawai Awam Ipd Ipoh. Jutaan terima kasih diucapkan kepada semua ahli jawatankuasa yang terlibat di dalam menjayakan kejohanan ‘sukan indoor game’ Piala Ketua Polis Daerah Ipoh. Turut hadir Timbalan Ketua Polis Daerah (Pentadbiran), Timbalan Ketua Polis Daerah Operasi, Ketua-Ketua Bahagian Daerah dan Ketua Polis Balai Daerah Ipoh.