MAJLIS PENYERAHAN GERAN PEMBANGUNAN KESATUAN SEKERJA (GPKS) 2021 ZON UTARA.

Kedah, 18 April 2021 : Telah berlangsung Majlis Penyerahan Geran Pembangunan Kesatuan Sekerja (GPKS) 2021 Zon Utara yang bertempat Di Purest Hotel, Sg. Petani, Kedah. Majlis disempurnakan oleh YB Datuk Haji Awang Bin Hashim, Timbalan Menteri Sumber Manusia. PACSU Cawangan Perlis telah terpilih untuk menerima Geran tersebut yang berjumlah RM7,800. Permohonan Geran tersebut adalah bagi penganjuran kursus untuk kesatuan Sekerja. PACSU Cawangan Perlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada Jabatan Hal Ehwal Kesatuan Sekerja dan Kerajaan Malaysia.

“Bersatu Membantu Bersama PACSU”.

,