KEPUTUSAN CEMERLANG SIJIL PELAJARAN MALAYSIA (SPM)

Ipoh, 10 Jun 2021 – PACSU Cawangan Perak mengucapkan tahniah kepada ahli PACSU iaitu encik Kamarozaman Bin Kassim di atas kecemerlangan anaknya dalam memperoleh keputusan cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Keazaman untuk mengubah kehidupan keluarga menjadi inspirasi kepada pelajar autisme, Abdul Hakim Kamarozaman untuk menghadiahkan kejayaan buat ibu bapa apabila meraih 8A dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2020 yang diumumkan hari ini.

Abdul Hakim, yang menghadapi masalah pertuturan mengakui keputusan 8A, 1B dan 1C dalam 10 mata pelajaran yang diambilnya bukan mudah kerana terpaksa belajar secara  Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) ketika membuat persiapan untuk menghadapi peperiksaan itu tahun lalu.

Bapa beliau sangat komited di dalam mengikuti perkembangan pelajaran anak-anak dan sentiasa memberikan sokongan sepenuhnya demi kejayaan mereka.

,