SUMBANGAN KHAS PANDEMIK COVID-19 PACSU PERAK

Ipoh, 10 Jun 2021 – PACSU Cawangan Perak telah menyampaikan sumbangan berupa barangan makanan kering kepada pegawai awam ahli-ahli PACSU yang terjejas dengan arahan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat (PKPD) yang dikuatkuasakan di sesetengah kawasan di daerah Ipoh.

Sumbangan ini telah disampaikan oleh Pengerusi PACSU Cawangan Perak Pn. Rohaniah binti Razali dan berharap subangan ini mampu sedikit sebanyak mengurangkan beban perbelanjaan ketika pandemik serta membantu memperolehi makanan akibat daripada pergerakan yang terhad.

Barisan kepimpinan PACSU Perak sentiasa mengambil berat terhadap sebarang permasalahan ahli-ahli yang ditimpa musibah dan diharapkan bantuan itu dapat menaikkan semangat mereka untuk meneruskan kehidupan seperti biasa.

,