PROGRAM SUMBANGAN ‘SOKONGAN MORAL ‘FRONTLINER’ KEPADA PETUGAS-PETUGAS SJR KONTINJEN MELAKA SEMPENA PKP 3.0 / 2021 : PACSU CAWANGAN MELAKA

MELAKA, 14 Jun 2021 -Program Sumbangan ”Sokongan Moral Frontliner” kepada petugas-petugas SJR Peringkat Kontinjen Melaka Sempenan PKP 3.0 bagi tahun 2021 telah dijalankan ke 2 lokasi iaitu Kumpulan Petugas SJR Sg.Rambai & SJR Tol Lipat Kajang, Melaka.

Sumbangan ini adalah sebagai tanda penghargaan dan sokongan daripada semua Pegawai Awam kepada Pasukan Polis Kontinjen Melaka terutama kumpulan yang terlibat secara langsung dgn operasi Sekatan Jalan Raya (SJR) seluruh Negeri Melaka

Semoga dengan tanda ingatan dari PACSU Cawangan Melaka ini dapat memberi semangat & aura positif antara Pegawai Awam & Pasukan Polis seluruhnya.

Sumbangan ini telah disampaikan oleh wakil Pengerusi PACSU Cawangan Melaka iaitu Y.Bhg Ustazah Hjh.Sarrul-Munirah binti Haris daripada BAKA JIPS, IPK Melaka selaku AJK Biro Agama sesi 2019/2021.

Turut hadir Ahli PACSU Pn.Che Suriana binti Che Rusli selaku Kaunselor daripada BAKA JIPS, IPK Melaka.

Program berjaya dilaksanakan dengan lancar dan mematuhi SOP yang telah ditetapkan.

fa3a69bd-d22d-488a-8735-1dc387b7987a 6ab8d770-5cc2-4a48-9fe7-6bae208353b2 7ac0bba8-10f6-43dd-a4bd-cac576faf961 251fd8e0-2a4b-4cfc-80d3-6023a8367ae4 cf03c1ab-7e88-45e8-be82-bc8671337357

,