MESYUARAT AHLI JAWATANKUASA BIL. 01/2021, TAKLIMAT PENGENALAN TUGAS-TUGAS AJK, DAN MAJLIS PENYERAHAN SIJIL PERLANTIKAN AJK SESI 2021-2024 PACSU CAWANGAN BUKIT AMAN

MESYUARAT AJAK 2021-2024

Pejabat PACSU Malaysia, Bangsar; 13 Ogos 2021 (Jumaat) – Mesyuarat Ahli Jawatankuasa (AJK) PACSU Cawangan Bukit Aman Bil. 01/2021 telah diadakan di Pejabat Pacsu Malaysia, Bangsar pada 13 Ogos yang lalu. Mesyuarat yang dipengerusikan oleh Pengerusi PACSU Cawangan Bukit Aman yang baharu, iaitu Saudari Farah binti Shahibi, dihadiri oleh barisan Ahli Jawatankuasa yang telah dipilih oleh ahli PACSU Cawangan Bukit Aman pada sesi pemilihan yang lepas. Keputusan pemilihan tersebut diumumkan pada Mesyuarat Agung Tahunan cawangan yang ke-70.

MESYUARAT AJK PACSU BUKIT AMAN

Pada mesyuarat tersebut, barisan AJK seramai 14 orang diperkenalkan sesama mereka, dan taklimat pengenalan dan perlantikan/pembahagian tugas-tugas AJK diberikan. Agenda utama mesyuarat tersebut adalah bagi membincangkan dan merangka perancangan aktiviti serta program sepanjang tahun 2021/2022.

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 12.00 tengahari dan diteruskan dengan Majlis Penyerahan Sijil Perlantikan AJK Cawangan Bukit Aman Sesi 2021-2024. Penyampaian sijil disempurnakan oleh Presiden PACSU Malaysia, Saudara Anuar bin Mamat. Turut hadir pada majlis penyerahan sijil tersebut adalah Timbalan Presiden PACSU Malaysia, Setiausaha Agung PACSU Malaysia, dan Timbalan Setiausaha Agung PACSU Malaysia.

MAJLIS PENYERAHAN SIJIL LANTIKAN

,