KUNJUNG HORMAT KEPIMPINAN PACSU KEPADA PENGARAH PENGURUSAN PDRM.

Kuala Lumpur (03/09/2021): Kepimpinan PACSU Pusat telah diberi kesempatan untuk membuat Kunjung Hormat kepada YDH Dato’ Zaini bin Jass, Pengarah Pengurusan PDRM. Kunjung hormat ini telah diadakan di Bilik Mesyuarat Persada, Tingkat 30, Menara 2, Bukit Aman pada jam 3.00 petang.

Kunjung Hormat ini telah dihadiri oleh Saudara Anuar bin Mamat (Presiden PACSU), Tuan Haji Mohd Zaki bin Mahmood (Timbalan Presiden PACSU), Saudara Mohd Fadli bin Mohd Noor (Naib Presiden PACSU), Saudara Mohd Azli bin Suhaimi (Setiausaha Agung PACSU), Saudara Rohaizad bin Khalil (Timbalan Setiausaha Agung PACSU), YM Raja Hazlan bin Raja Hussin (Bendahari Agung PACSU) dan Saudara Najib bin Ishak (Pegawai Pelajaran PACSU).

Antara isu-isu yang dibincangkan adalah :

  1. Lapisan Gred kenaikan pangkat Pegawai Awam PDRM;
  2. Mobiliti Pegawai Awam PDRM; dan
  3. Majlis Perhimpunan Pegawai Awam PDRM bersama Ketua Polis Negara.

Terima kasih buat YDH Dato’ Pengarah Pengurusan kerana sudi menerima kunjung hormat kami kali ini…

Pegawai Awam dan Polis berpisah tiada…

Bubur Durian…

,