MAJLIS BACAAN YASIN DAN DOA SELAMAT (SECARA MAYA) PACSU CAWANGAN BUKIT AMAN

19 Ogos 2021 (Khamis) – Satu Majlis Bacaan Yasin dan Doa Selamat anjuran PACSU Bukit Aman telah diadakan secara maya melalui aplikasi Google Meet pada kira-kira jam 7.45 malam. Majlis ini diadakan bagi memohon perlindungan dan keselamatan, khususnya kepada seluruh ahli PACSU, di dalam mengharungi wabak pandemik Covid-19.

Majlis bacaan Yasin dan doa selamat ini diketuai oleh Saudara Hafizul (Biro Agama PACSU Bukit Aman). Majlis ini disertai oleh lebih 50 ahli PACSU Bukit Aman serta Pegawai Kanan PACSU Malaysia. Pada majlis tersebut juga Presiden PACSU Malaysia, Saudara Anuar turut memberi ucapan dan sama-sama mendoakan agar semua ahli PACSU dilindungi dari segala marabahaya. Aamiinnnn..

BACAAN YASSIN 01

BACAAN YASSIN 02

,