MAJLIS BACAAN YASIN, TAHLIL DAN DOA SECARA MAYA ANJURAN PACSU PERAK

IPOH, 17 September 2021 – PACSU Perak telah menganjurkan majlis bacaan yasin dan tahlil secara maya.

Majlis tersebut diadakan bertujuan mengeratkan silaturrahim dalam kalangan ahli dan bersama-sama berdoa memohon keampunan daripada Allah S.W.T serta perlindungan daripada wabak penyakit yang sedang melanda iaitu covid-19.

Bacaan yasin, tahlil dan doa dipimpin oleh Sdra. Muhammad Ghazali bin Zainal Abidin. Turut hadir pengerusi PACSU Perak iaitu Sdra. Mohammad Zameer bin Mohamed Akaram, Setiausaha Sdri. Rosdiah binti Safri dan barisan ahli-ahli jawatankuasa PACSU Cawangan Perak.

,