MESYUARAT AJK PACSU CAWANGAN KELANTAN BIL.03 SESI 2018/2021

KELANTAN- 11.07.2021 (Ahad) Satu Mesyuarat Ahli Jawatankuasa PACSU Cawangan Kelantan telah diadakan pada jam 1100 pagi bertempat di Bilik Mesyuarat Kewangan IPK Kelantan.

Ekoran daripada peningkatan kes pandemik Covid19 yang melanda negara sejak tahun lepas, Arahan YDH Ketua Jabatan Pengurusan Kelantan mesyuarat ini hanya dibenarkan untuk AJK dari IPK sahaja. AJK yang bertugas di luar daerah atau tempat lain dikehendaki bermesyuarat melalui GoogleMeet (secara maya).

Mesyuarat ini diadakan adalah untuk persiapan dan agihan tugas bagi melancarkan majlis Mesyuarat Agung PACSU Cawangan Kelantan kali ke- 50 tahun ( Jubli Perak ) 2021 (AGM). Notis majlis Mesyuarat Agung dan borang pencalonan pegawai awam telah diedarkan kepada ahli-ahli yang lain. Mesyuarat diakhiri dengan acara kejutan sambutan ulangtahun kelahiran puan Pengerusi PACSU Kelantan PF/ 18308 Huslinawati binti Husain.

Honey Dew

PACSU KELANTAN

 

,