KUNJUNG HORMAT KETUA JABATAN PENGURUSAN KONTINJEN KEDAH

KEDAH, 16 OGOS 2021 Pengerusi PACSU Cawangan Kedah bersama Setiausaha dan Bendahari telah membuat kunjung hormat kepada Ketua Jabatan Pengurusan Kontinjen Kedah jam 11.30 pagi di pejabatnya.Tujuan perjumpaan ini adalah membincangkan beberapa isu berkaitan Kesatuan PACSU Cawangan Kedah. Isu yang dibincangkan adalah:-
1️⃣ Memaklumkan perjalanan Mesyuarat Agung ke 59 yang berjalan dengan baik dan lancar.
2️⃣ Menyenaraikan barisan AJK 2021/2024 dan minta jasa YDH Dato Ketua Polis Kedah untuk menandatangani Watikah Pelantikan
3️⃣ Isu perjawatan pegawai awam IPD Kota Setar yang ditukarkan ke IPD Langkawi kerana pembesaran perjawatan.Rayuan mereka mintak KJP kekalkan di sini.
4️⃣ Cadangan Tabung Prihatin PACSU bagi Pegawai Awam yang terkesan dan didapati positif covid.

5️⃣ Maklumkan Aktiviti Sempena Sambutan Bulan Kemerdekaan. Mengadakan Pertandingan Melukis dan Mewarna kepada Anak-Anak Ahli PACSU Cawangan Kedah.

,