PRIHATIN BANTU BERSIH RUMAH DAN LAWATAN KESAN BANJIR DI DAERAH YAN

YAN KEDAH, 18 September 2021– Pegawai Turus Pentadbiran, Supt. Sharudin Bin Abdul Wahab, En Saad Bin Ismail selaku Penyelaras dan Ahli PACSU bersama Anggota PDRM IPK Kedah bantu membersihkan rumah sebuah keluarga Orang Kelainan Upaya (OKU) yang dilanda banjir susulan fenomena ‘Kepala Air’ di Kampung Setoi, Mukim Pauh, Yan.

Pasangan OKU buta penglihatan dan pesakit stroke serta anak yang mempunyai masalah saraf mata menyukarkan mereka untuk membersihkan kediaman yang dimasuki air lumpur.

Lawatan dan perjumpaan dengan Ketua Polis Daerah juga telah diadakan pada hari tersebut bagi satu kesepakatan untuk mangadakan program di IPD Yan.

 

,