“MAJLIS BACAAN YASIN, TAHLIL & DOA SELAMAT PACSU MALAYSIA”

MALAM RESTU ILAHI

21/10/2021 (Khamis): PACSU Malaysia telah mengadakan Majlis Bacaan Yasin, Tahlil & Doa Selamat PACSU Malaysia seperti ketetapan berikut :

Tarikh : 21/10/2021 (Khamis)

Masa : 8.00 Malam

Tempat : Atas Talian (Google Meet)

Tujuan majli ini diadakan agar diberi kesabaran kepada semua dalam menghadapi ujian Covid-19 yang sedang melanda kini dan juga memohon doa kepada Allah SWT agar dikurniakan kesembuhan buat mereka yang dijangkiti Covid-19 dan dihindari daripada wabak itu.

Bacaan yasin ini juga ditujukan khas kepada bekas kepimpinan PACSU yang telah terlebih dulu pergi meninggalkan kita dan juga bersempena dengan Persidangan Perwakilan Tri Tahunan PACSU yang akan diadakan pada hujung bulan November 2021.

Majlis Bacaan Yasin, Tahlil & Doa Selamat PACSU Malaysia telah dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh Presiden PACSU Malaysia, Sdra, Anuar bin Mamat. Seterusnya majlis diteruskan dengan bacaan yasin, tahlil, doa selamat dan selawat yang dipimpin oleh Tn Hj. Mohd Zaki bin Mahmood, Timbalan Presiden PACSU Malaysia.

 

,