SAMBUTAN HARI SUKAN NEGARA PERINGKAT PDRM PERAK 2021

IPOH, 9 Oktober 2021 – Bertempat di Perkarangan IPK Perak telah diadakan Sambutan Hari Sukan Negara Peringkat PDRM Perak 2021 yang juga diraikan serentak di seluruh Negara amnya dan peringkat IPD seluruh negeri Perak khususnya.

Dianggarkan seramai 150 orang Warga IPK Perak dan Warga IPD Ipoh mengambil bahagian dengan aktiviti-aktiviti yang diaturkan. Antara aktiviti yang dilakukan ialah Senamrobik, aktiviti berbasikal Fun Ride 18KM, Jalan Kaki 10,000 langkah dan Sukan Rakyat.

Tujuan Hari Sukan Negara (HSN) disambut adalah untuk menggalakkan warga IPK Perak untuk kekal mengamalkan gaya hidup aktif dan cergas melalui penyertaan dalam aktiviti sukan berpandukan norma baharu.

YDH CP Dato’ Pahlawan Mior Faridalathrash bin Wahid, Ketua Polis Perak dan isteri, YBhg. Datin Qhadhijah bin Abdul Wahab turut menyertai Aktiviti Berbasikal Fun Ride VIP sejauh 18KM mengelilingi kawasan Bandar Raya Ipoh.

Hadir sama pada majlis tersebut ialah YDH SAC Anuar bin Othman, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah PDRM Perak dan isteri, YDH SAC Mohd Alwi bin Zainal Abidin, Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti PDRM Perak, YDH ACP Noraziah binti Zakaria, Ketua Jabatan Pengurusan PDRM Perak, Ketua – ketua Jabatan PDRM Perak, Ahli PERKEP Kontinjen Perak, Pegawai-Pegawai Kanan, Pegawai Rendah Polis dan Pegawai Awam.

IPK PERAK

IPD TAIPING

 

IPD SELAMA

IPD PERAK TENGAH

IPD MUALLIM

IPD KERIAN

IPD KAMPAR

IPD HILIR PERAK

IPD BATU GAJAH

BRIGED UTARA

,