LAWATAN KERJA PACSU JOHOR KE PEJABAT PACSU BANGSAR

Pada 22/10/2021 (Khamis) pada jam 12.30 tengahari, satu (1) lawatan kerja telah dijalankan oleh PACSU Cawangan Negeri Johor di Pejabat PACSU Bangsar Kuala Lumpur.

Lawatan kerja ini telah diwakili oleh dua (2) ahli jawatankuasa PACSU Johor yang terdiri daripada En Mohd Nerwan Bin Selamat selaku Bendahari PACSU Johor bersama En Mohd Aidil Bin Mohd Noor (AJK Biro Pemegang Amanah). Lawatan kerja ini telah disambut baik oleh tujuh (7) Pegawai Kanan PACSU dimana Pegawai Kanan juga sedang menjalankan Mesyuarat Peringkat Urusetia PACSU pada hari dan waktu yang sama.

Didalam sesi lawatan ini, Presiden PACSU En Anuar Bin Mamat telah menyarankan agar PACSU Johor menjalankan lawatan bersama barisan ahli jawatankuasa PACSU Johor untuk melihat sendiri aset-aset PACSU yang ada bagi memberi pengetahuan kepada ahli jawatankuasa khususnya.

Cadangan ini telah disambut baik oleh PACSU Johor dan akan menjalankan kunjung hormat ke PACSU Bangsar dalam masa terdekat.

Lawatan kerja ini berlangsung selama 2 jam dan Presiden PACSU En Anuar Bin Mamat telah berbesar hati menyampaikan cenderhati kenangan kepada dua (2) ahlijawatankuasa PACSU Johor yang hadir.

,