MESYUARAT AJK BIL.2/2021 CAWANGAN PACSU JOHOR BAGI SESI 2021-2024

Pada 10/10/2021 (Ahad) jam 9.00 pagi PACSU Cawangan Johor telah mengadakan MESYUARAT AJK BIL.2/2021 CAWANGAN PACSU JOHOR BAGI SESI 2021-2024 secara bersemuka buat selepas kerajaan telah mengumumkan peralihan fasa bagi negeri Johor ke Fasa (3) dalam fasa pemulihan pandemik covid19 dinegara.
Mesyuarat Ahli Jawatankuasa bagi bilangan 1/2021-2024 telah dilaksanakan pada 22 Julai 2021 secara dalam talian.

Pelbagai isu yang dibincangkan dan merangka program serta aktiviti-aktiviti bagi tahun 2021/2024 telah diperbincangkan. Mesyuarat ini juga telah membincangkan persiapan bagi Persidangan Perwakilan PACSU 2021 Bagi Kali Ke 38 Sesi 2021/2024 yang akan berlangsung di Hotel D’Ru Beach Resort, Kuantan Pahang pada 22 hingga 25 November 2021.

Seramai tujuh (7) ahli perwakilan PACSU Cawangan Negeri Johor terlibat dalam persidangan ini. Bagi PACSU Cawangan Negeri Johor membawa dua (2) usul yang telah diluluskan serta dicadangkan melalui keputusan ahli Mesyuarat Agung Tahunan PACSU Johor bagi kali 63 dan 64 sepanjang sesi 2018/2021 berlangsung. Dua (2) usul yang dibawa adalah merangkumi pindaan perlembangaan bagi kebajikan ahli-ahli PACSU khususnya.

Didalam mesyuarat ini juga telah diputuskan bagi agihan duit zakat kepada ahli-ahli PACSU Johor yang telah terkesan dari segi pendapatan sepanjang pandemik covid 19 melanda dalam negara. Seramai (31) ahli PACSU Johor telah tersenarai dalam agihan duit zakat ini, dimana telah diputuskan oleh ahli jawatankuasa PACSU Johor diberi dalam bentuk bakul makanan. Agihan ini akan dilaksanakan dalam masa terdekat melalui surat jemputan yang akan diedarkan melalui Pegawai Penerangan PACSU Jabatan/Daerah Johor oleh Setiausaha PACSU Cawangan Johor. Majlis yang direncanakan hanya melibatkan penerima agihan dan ahli jawatankuasa PACSU Johor, kerana PACSU Johor masih mematuhi SOP yang telah diputuskan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Mesyuarat telah ditangguhkan pada jam 12.00 tengahari, yang telah dipengerusikan oleh Pengerusi PACSU Johor.

,