SEMINAR PENGURUSAN TEKANAN EMOSI ANJURAN PACSU CAWANGAN PERAK

IPOH, 22 Oktober 2021 – PACSU Perak telah menganjurkan seminar pengurusan tekanan emosi secara maya menerusi ‘Google meet’.

Seminar tersebut diadakan bertujuan memberi kesedaran bahawa terdapat kesan-kesan yang buruk jika tekanan emosi yang di alami tidak dirawat atau tidak diambil pencegahan awal. Situasi terkini iaitu wabak penyakit covid-19 yang sedang melanda dunia amnya dan di Malaysia khususnya memberi impak yang sangat ketara serta menambahkan lagi masalah tekanan emosi yang berpanjangan.

PACSU Perak telah menjemput Pn. Anis Hidayah bt Ismail, Pegawai Psikologi Briged Utara (PGA) Perak sebagai penceramah jemputan. Moderator oleh Sdra Muhammad Ghazali bin Zainal Abidin. Turut hadir pengerusi PACSU Perak iaitu Sdra Mohammad Zameer bin Mohamed Akaram, Setiausaha Sdri Rosdiah binti Safri, barisan ahli-ahli jawatankuasa dan ahli-ahli PACSU Cawangan Perak.

,