LAWATAN KEBAJIKAN PACSU CAWANGAN JOHOR

JOHOR : Pada 20.11.2021 (Sabtu) berlangsung program lawatan kebajikan PACSU Johor kepada bekas Pengerusi PACSU Johor iaitu Puan Endon Binti Abdullah. Lawatan ini juga bagi memberi penghormatan terakhir kepada pemergian suami Puan Endon Binti Abdullah yang telah meninggal dunia pada 19.11.2021 jam 1930hrs di Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru kerana sakit jangkitan kuman dalam darah sejak dimasukkan ke wad unit rawatan rapi pada 03.11.2021.

Jenazah telah selamat dikebumikan di tanah perkuburan Taman Impian Emas Johor Bahru pada jam 1400hrs pada hari ini. Pengerusi PACSU Johor Puan Hasniyanti Binti Mohamed telah berkunjung dengan menziarahi Puan Endon Binti Abdullah di kediaman beliau di No 31, Jalan Seri Impian Height 5, Taman Seri Impian, Skudai Johor Bahru, Johor.

Salam Takziah dari seluruh barisan ahlijawatankuasa Agung PACSU, barisan ahlijawatankuasa PACSU Johor, ahli-ahli PACSU Johor dan rakan taulan kenalan kepada beliau. Semoga rohnya dicucuri rahmat. Al Fatihah…

,