MAJLIS PACSU PRIHATIN ANJURAN PACSU CAWANGAN PERLIS

PERLIS : Pada 19 November 2021 (Jumaat) jam 9.00 pagi bertempat di Bougainvillea Lounge IPK Perlis, pihak PACSU cawangan Perlis telah mengadakan Majlis PACSU Prihatin. Kehadiran terdiri dari Pengerusi dan 14 orang AJK serta 18 orang ahli yang diraikan. Ahli-ahli yang diraikan dalam majlis ini adalah mereka yang melahirkan anak, dimasukkan ke wad (Hospital) akibat masalah kesihatan dan yang mengalami kuarantin disebabkan penyakit covid-19. Majlis ini diadakan adalah bertujuan untuk memberi sedikit sumbangan kebajikan kepada ahli yang terlibat. Majlis telah berjalan dengan baik dan mengikut SOP yang telah ditetapkan.

BERSATU MEMBANTU BERSAMA PACSU

Sekian, terima kasih.

,