Proses Pengiraan Kertas Undi Pemilihan Pegawai Kanan PACSU Bagi Sesi 2021/2024

Johor : Pada tarikh 21.11.2021 (Ahad) jam 10.00 pagi di Pejabat PACSU Cawangan Negeri Johor telah berlangsung proses pengiraan kertas undi bagi pemilihan pegawai kanan PACSU sesi 2021/2024.

Proses pengiraan telah dijalankan oleh jemaah pemeriksa kertas undi PACSU Johor bagi sesi 2021/2024 yang telah dilantik sewaktu Mesyuarat Agung Tahunan PACSU kali ke 65 tahun pada 22.07.2021 yang lalu secara dalam talian. Ketua jemaah pemeriksa kertas undi ini telah dibarisi oleh 5 org ahli yang terdiri daripada Puan Kamisah Binti Latib, Puan Suria Binti Adan, Puan Norazlin Binti Hajih, En Mohd Qayyum Bin Soberi dan Puan Nirairmaya Binti Jaafar.

,