BANTUAN MEMBERSIHKAN BILIK PEGAWAI AWAM & BALAI LUBOK CHINA AKIBAT BANJIR

 

Tumbuh melata pohon cempaka

Disiram air segar jambangan

Bersama kita membantu mereka

Musibah banjir mengeratkan hubungan

27 Disember, 2021 Di atas rasa prihatin dan tanggungjawab bersama, Pengerusi PACSU Melaka bersama beberapa ahli telah berkumpul di Balai Polis Lubuk China, Alor Gajah, Melaka untuk melaksanakan Bantuan Membersihkan Bilik Pegawai Awam & Balai Polis Lubok China yang telah dilanda banjir teruk pada 22 Disember, 2021 yang telah menenggelamkan hampir separuh Balai.  Banjir itu merupakan banjir teruk yang melanda Pekan Lubok China dimana kali terakhir Pekan Lubok China dilanda banjir seteruk itu sekitar tahun 1970an.

Oleh kerana banjir ini menenggelamkan separuh balai, maka ianya telah melibatkan kesan yang amat teruk terutama runag kerja Sdri Nik Asmah bin Nik Ibrahim dimana terlalu banyak dokumen penting yang musnah, meja kerja dan perabut yang musnah terendam dalam banjir lumpur dan hampir keseluruhan barang yang terdapat dalam bilik beliau musnah.

Bantuan Membersihkan Bilik Pegawai Awam Sdri Nik Asmah telah dijadualkan bermula jam 10.00 pagi dimana Pengerusi PACSU dengan beberapa Pegawai Awam (Ahli Pacsu) telah membantu mencuci bilik tersebut, seterusnya membantu mengeluarkan dokumen penting yang perlu diselamatkan dan mengasingkan dokumen dan perabut yang boleh dimusnahkan.  Kami dibantu juga oleh beberapa anggota balai berkenaan.

Di atas kerjasama dan sikap saling membantu, kerja-kerja mengemas dan membersihkan Bilik Pegawai Awam dan sekitar balai tersebut kira-kira jam 3.00 petang selesailah operasi pembersihan tersebut. Kami sentiasa diberi sokongan oleh SM Abdul Rasid, Ketua Polis Balai Lubuk China walau pun beliau tiada ketika itu kerana menghadiri Mesyuarat Mingguan KPD Alor Gajah.

IMG-20211227-WA0028 IMG-20211227-WA0029 IMG-20211227-WA0030 IMG-20211227-WA0031 IMG-20211227-WA0032 IMG-20211227-WA0033 IMG-20211227-WA0038 IMG-20211227-WA0039 IMG-20211227-WA0040 IMG-20211227-WA0044 IMG-20211227-WA0047 IMG-20211227-WA0062 IMG-20211227-WA0063 IMG-20211227-WA0065 IMG-20211227-WA0069 IMG-20211227-WA0072 IMG-20211227-WA0075

,