BANTUAN SUMBANGAN KEPADA AHLI PACSU NEGERI SEMBILAN DI DAERAH TAMPIN DAN JELEBU TERJEJAS MUSIBAH BANJIR

Seremban, 23/12/2021 – PACSU Cawangan Negeri Sembilan diketuai oleh Pengerusi PACSU Cawangan Negeri Sembilan bersama barisan AJK PACSU Cawangan PACSU telah membuat lawatan kebajikan disamping membuat penyerahan sumbangan berupa wang ringgit yang telah disumbangkan oleh seluruh Pegawai Awam di IPK Negeri Sembilan, semua IPD Negeri Sembilan, Pulapol Air Hitam dan PSP Unit 7 Seremban kepada 4 orang Pegawai Awam PDRM Kontinjen Negeri Sembilan dan merupakan ahli PACSU yang mana mereka terlibat dengan musibah banjir di daerah Tampin dan Jelebu. Pengerusi PACSU juga telah menyampaikan Kotak Rezeki sumbangan dari Persatuan Amal Al- Baasith. Semoga dengan sumbangan yang disalurkan dapat meringankan lagi bebanan yang dihadapi oleh mereka. PACSU Cawangan Negeri Sembilan mengucapkan ribuan terima kasih kepada penyumbang-penyumbang yang telah bersama-sama menjayakan misi ini.

a26d9fb7-7dab-4f45-ae2c-d786998dfaee 8f882979-9a38-4eb1-8f89-165a16c2efe4 62ea1e7f-3ed8-4130-912d-7c84bdd93524 77d9df32-0381-40f2-a35e-ba0766273890 770dc814-b381-4fcc-8117-22ddc820f33b 230063d2-5946-41c2-8e37-96fa6df05629 261146f0-2d9e-4c0e-82ee-2e375de0bf20

,