HARI SUKAN NEGARA DI KONTINJEN KELANTAN

KELANTAN– Sabtu, 09.10.2021 telah diadakan Hari Sukan Negara di seluruh negeri secara serentak tidak terkecuali di Jabatan PDRM. Aktiviti diadakan secara sederhana memandangkan negara masih lagi bergelut dengan wabak pendemik Covid19.  Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan dan Ibu Pejabat Polis Daerah turut terlibat secara keseluruhannya.

Bertempat di Perkarangan IPD Kota Bharu, gimik pelancaran telah disempurnakan oleh YDH Ketua  Polis Daerah Kota Bharu bersama YBhg. Puan Aznita binti Mohamad , Pengerusi PERKEP Daerah Kota Bharu. Antara acara yang dijalankan adalah sukan senamrobik, larian 2.4 km, sepak raga bulatan dan bola jaring. Seramai 200 orang Pegawai Kanan Polis, Pegawai Rendah Polis, Pegawai Awam dan PERKEP IPD Kota Bharu hadir menjayakan sambutan Hari Sukan Negara kali ini.

Sambutan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen dan Ibu Pejabat Polis Daerah berjalan lancar dan mengikut SOP yang telah ditetapkan.

PACSU

Kelantan

 

 

 

,