MESYUARAT JAWATANKUASA PACSU MELAKA BIL 1/2022

 

Terbentang indah saujana lautan

Kurniaan tuhan semenjak azali

Bersama bermuzakarah mencari kesepakatan

Memartabatkan kesatuan menyatukan ahli

14 Januari, 2022. Bertempat di Bilik Mesyuarat Tingkat 3, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Melaka bermula jam 9.00 pagi telah diaturkan Mesyuarat Jawatankuasa PACSU Negeri Melaka Bil. 01/2022 yang julung-julung kalinya dipengerusikan oleh Pengerusi Baru Sdr Khairi bin Thani dengan kehadiran 20 orang Jawatankuasa.

Mesyuarat ini membincangkan beberapa perkara antaranya melantik beberapa Jawatankuasa Tambahan, mengubah sedikit kedudukan Biro dan merancang beberapa aktiviti tahunan. Misi utama Pengerusi adalah untuk mensasarkan Target 100%  keahlian tahun ini dan juga hasrat beliau untuk mendekati ahli sehingga ke akar umbi terutama di daerah-daerah. Selain itu mesyuarat membincangkan isu Pertandingan Bowling Piala President & Piala Pengerusi PACSU serta beberapa isu semasa.

Mesyuarat berlangsung hampir 3 jam dan berakhir sekitar jam 11.45 pagi.  Semua Jawatankuasa memberikan komitmen yang baik dan mesyuarat ditangguhkan jam 11.50 pagi.  Terima kasih kepada semua Jawatankuasa yang hadir.

WhatsApp Image 2022-01-14 at 12.53.40WhatsApp Image 2022-01-14 at 12.53.41WhatsApp Image 2022-01-14 at 12.53.40 (2)WhatsApp Image 2022-01-14 at 12.53.40 (1)WhatsApp Image 2022-01-14 at 12.53.39

,