KUNJUNG HORMAT PENGERUSI PACSU KE PEJABAT TIMBALAN KETUA POLIS MELAKA….

 

Megah tersemat pangkat dilengan
Polis & preman meneruskan perjuangan
Kunjung Hormat mengeratkan hubungan
Tanda kesatuan direstui kepimpinan

30 Disember, 2021. Pengerusi PACSU Melaka yang baru Sdr. Khairi bin Thani bersama Pegawai Pelajaran Sdr Syed Ahmad bin Syed Sahardin dan disertai oleh Setiausaha PACSU Melaka Sdri Siti Aishah bt Othman dan Bendahari PACSU Melaka, Sdri Siti Hanum bt Jalaludin telah mengadakan Kunjung Hormat ke Pejabat Timbalan Ketua Polis Melaka, Yang Dihormati SAC Datuk Razali bin Abu Samah bagi memperkenalkan Pengerusi Baru Sdr Khairi bin Thani.

Kunjungan tersebut bermula jam 9.45 pagi dimana Datuk Razali menerima kunjungan itu dengan penuh kemesraan dan terbuka. Banyak yang diperbualkan mengenai Kesatuan, mengenai kepimpinan PACSU dan beliau juga memberikan pandangan, nasihat dan saranan yang baik untuk Kesatuan. Beliau juga memberikan sokongan kepada Pengerusi baru untuk terus memantapkan lagi PACSU Melaka dan beliau akan terus memberikan apa yang terbaik untuk membantu PACSU Melaka dalam apa jua yang akan dilaksanakan. Beliau seterusnya meminta agar sekiranya ada masalah boleh bertemu beliau dan berbincang untuk kemajuan PACSU Melaka.

Beliau juga mengucapkan syabas kepada Mantan Pengerusi Sdr Syed Ahmad kerana dilantik menjadi Pegawai Pelajaran PACSU Pusat dan beliau akan terus memberikan sokongan pada kedua-dua kepimpinan baru ini untuk menggerakkan PACSU.

Majlis diakhiri dengan sessi bergambar bersama Yang Dihormati Datuk Razali dan beliau akan terus memberikan sokongan padu kepada PACSU untuk terus gemilang.

Terima kasih Yang Dihormati SAC Datuk Razali bin Abu Samah, Timbalan Ketua Polis Melaka

IMG-20211230-WA0051 IMG-20211230-WA0052 IMG-20211230-WA0057 IMG-20211230-WA0058 IMG-20211230-WA0060 IMG-20211230-WA0061 IMG-20211230-WA0062 IMG-20211230-WA0063

,