PENYAMPAIAN SUMBANGAN COVID 19 DAN BENCANA BANJIR OLEH PACSU MELAKA

 

 

Santunnya tari mengikut alunan
Indah irama gemersik kedengaran
Sumbangan diberi bukanlah nilaian
Sekadar bersama menghulurkan bantuan

30 Disember, 2021. Di penghujung tahun 2021 pelbagai bencana melanda negara. Selain Covid 19 yang masih melanda negara, kita semua sedia maklum ada negeri-negeri yang turut ditimpa bencana alam iaitu banjir.

Oleh kerana Pacsu Melaka sentiasa prihatin dan mengambil berat pada ahli-ahli yang terkesan dengan Covid 19 dan Bencana Banjir ini, maka pada hari ini sekali lagi Pacsu Melaka mengatur satu program menghulurkan sumbangan untuk ahli-ahli yang terkesan lagi dengan Covid 19 dimana 21 ahli terkesan dan dikuarantin sementara 3 ahli terlibat dengan bencana banjir yang melanda baru-baru ini.

Sumbangan Covid 19 ini adalah merupakan Sessi Ketiga untuk program sumbangan Covid 19 untuk ahli-ahli Pacsu Melaka yang terkesan sehingga 30 Disember 2021.

Sumbangan ini disampaikan oleh Pengerusi Pacsu Melaka Sdr Khairi bin Thani bersama Setiausaha, Bendahari dan beberapa wakil daerah. Semoga sumbangan ini dapat membantu sekadar termampu dari Pacsu Melaka untuk ahli-ahli Pacsu Melaka yang terkesan.

 

IMG-20211230-WA0035 IMG-20211230-WA0047 IMG-20211230-WA0064 IMG-20211230-WA0066 IMG-20211230-WA0083 IMG-20211230-WA0182 IMG-20211231-WA0043 IMG-20211231-WA0045

,