KUNJUNGAN HORMAT BERSAMA KETUA JABATAN PENGURUSAN DATIN ANESSA ANIM……

Pada 31 Disember, 2021 Satu Kunjung Hormat ke Pejabat Ketua Jabatan Pengurusan IPK Melaka, Datin Anessa Anim oleh Pengerusi PACSU Melaka yang baru Sdr Khairi bin Thani bersama Mantan Pengerusi PACSU Melaka Tn. Syed Ahmad bin Syed Sahardin dan Setiausaha PACSU Melaka Sdri Siti Aishah Othman bersama Bendahari PACSU Melaka, Sdri Siti Hanum bt Jalaludin.

Pertemuan Kunjung Hormat KJP Melaka ini telah dimulakan sekitar jam 2.30 petang.  Datin Anessa Anim telah memberikan ruang walau pun beliau agak sibuk dengan tugas yang padat.  Kunjung Hormat ini merupakan hubungan mesra Pengerusi Sdri Khairi dan Jawatankuasa PACSU Melaka dimana pelbagai pandangan dan buah fikiran dikongsikan bersama KJP Melaka tersebut.  Selain itu banyak juga isu-isu Pegawai Awam dapat dikongsikan bersama Datin Anessa yang sentiasa tersenyum dan tidak lokek berkongsi pengalaman beliau.

Majlis kunjung hormat ini berakhir sekitar jam 4.00 petang dan diakhiri dengan sessi bergambar bersama Datin Anessa Anim, Ketua Jabatan Pengurusan IPK Melaka.  Beliau sentiasa bersedia memberikan sokongan dan galakan utk program-program Pacsu Melaka dan beliau menggalakkan ahli Pacsu menyertai mana-mana aktiviti yang berkaitan. Terima kasih diucapkan kepada Datin Anessa atas kesudian menerima Kunjung Hormat dari kami. Wassalam

IMG-20211230-WA0187 IMG-20211230-WA0188

,