KEJOHANAN TENPIN BOWLING PIALA PENGERUSI PACSU CAWANGAN BUKIT AMAN TAHUN 2022

KEJOHANAN BOWLING PACSU BUKIT AMAN (1)

Kuala Lumpur, 07 Januari 2022 (Jumaat) – Satu Kejohanan Tenpin Bowling bagi merebut Piala Pengerusi PACSU Cawangan Bukit Aman telah diadakan di Wangsa Bowl, Wangsa Walk. Kejohanan ini dianjur sebagai pemilihan pasukan PACSU Bukit Aman ke Kejohanan Tenpin Bowling Piala Presiden PACSU Malaysia, dan merupakan aktiviti tahunan PACSU Bukit Aman buat ahli-ahlinya. Kejohanan yang berlangsung selama 2 jam ini telah menarik penyertaan 22 pasukan yang terdiri daripada 66 orang ahli PACSU Bukit Aman.

HAYUNAN PERASMIAN

Turut hadir ke kejohanan ini ialah Presiden PACSU Malaysia, Saudara Anuar bin Mamat; Timbalan Presiden PACSU Malaysia, Saudara Tuan Haji Zaki bin Mahmood; Naib Presiden PACSU Malaysia, Saudara Mohd Fadli Bin Mohd Noor; Setiausaha Agung PACSU Malaysia, Saudara Mohd Azli bin Suhaimi; Bendahari Agung PACSU Malaysia, YM Raja Hazlan Bin Raja Hussin; dan Pegawai Pelajaran PACSU Malaysia, Saudara Syed Ahmad Bin Syed Shahardin.

PEGAWAI KANAN PACSU MALAYSIA

Pada petang tersebut, kejohanan turut dimeriahkan dengan acara cabutan bertuah.

KEJOHANAN BOWLING PACSU BUKIT AMAN (2)

ANTARA PEMENANG BERTUAH

URUSETIA KEJOHANAN

,