MESYUARAT PENYELARASAN SEMINAR PEMUKIMAN CUEPACS NEGERI PAHANG

Pahang, 12/3/2022 (Sabtu) – Mesyuarat Penyelarasan Seminar Pemukiman CUEPACS Negeri Pahang telah diadakan di bilik Mesyuarat Landskap Majlis Bandaraya Kuantan (MBK). Mesyuarat ini turut dihadiri oleh wakil – wakil daripada PACSU Cawangan Pahang, PKOB (Pusat Kawalan Operasi Bencana), KEPTAN (Kesatuan Pembantu Tadbir Dan Pembantu Tadbir Rendah Pendidikan Semenanjung Malaysia) dan beberapa agensi lain. Mesyuarat ini diadakan bagi menyelaras persediaan bagi menghadapai Seminar Pemukiman CUEPACS Negeri Pahang yang akan berlangsung pada 18  – 20/3/2022 bertempat di Hotel Resident Felda Kuala Terengganu, Terengganu. Pengerusi PACSU Pahang telah dilantik sebagai Ahli Jawatankuasa seminar tersebut.

 

,