TENPIN BOWLING PIALA PENGERUSI PACSU CAWANGAN KELANTAN 2022

KELANTAN-PACSU Cawangan Kelantan telah menganjurkan Kejohanan Tenpin Bowling Piala Pengerusi PACSU Kelantan pada 26.01.2022 bertempat di KB Land Bowling, Billion Kota Mutiara, Kota Bharu.

Kejohanan yang bermula pada jam 10 pagi disertai oleh semua Jabatan/ Daerah Kontinjen Kelantan dengan penyertaan sebanyak 21 Pasukan. Kejohanan ini diadakan sebagai aktiviti kesatuan selain untuk memilih pemain yang akan mewakili PACSU Kelantan ke Kejohanan Tenpin Bowling Piala Presiden PACSU Malaysia yang akan dijadualkan pada Februari 2022.

Majlis perasmian penutup disempurnakan oleh Ydh Dato’ Ketua Polis Kelantan, Ydh Tuan Ketua Jabatan Pengurusan Kelantan dan Ydh Ketua Polis Daerah Kota Bharu. Upacara penyampaian hadiah juga turut diadakan semasa majlis tersebut.

Johan Keseluruhan dimenangi oleh IPD Tumpat manakala Naib Juara dimenangi oleh IPD Kota Bharu. Tempat ketiga menjadi milik Jabatan Logistik Kelantan. Bagi kategori jatuhan pin terbanyak pula dimenangi oleh IPD Tumpat bagi kategori wanita dan IPD Kota Bharu bagi kategori lelaki.

PACSU Kelantan mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang telah menjayakan kejohanan ini. Syabas dan Tahniah kepada para pemenang.

 

PACSU Kelantan

 

 

 

 

,