TAHNIAH PACSU KELANTAN, JUARA KEJOHANAN TENPIN BOWLING PIALA PRESIDEN PACSU MALAYSIA TAHUN 2022

IMG-20220323-WA0023

06 MAC 2022 ( Ahad ) – Syabas dan tahniah kepada semua peserta PACSU Cawangan Kelantan di atas kejayaan JUARA Piala Presiden PACSU Malaysia bagi tahun 2022 dan seterusnya menjuarai kejohanan dan pertama kalinya membawa pulang Piala Pusingan ke Kontinjen Kelantan. Kejohanan Tenpin Bowling Piala Presiden PACSU Malaysia kali ke-5 ini telah diadakan di Coral Crown Bowl, Paya Bunga Square, Kuala Terengganu, Terengganu Darul Iman.

PACSU Cawangan Kelantan menghantar 2 kumpulan elit terdiri daripada peserta berikut 1) PF 19052 En. Zami bin Salleh ( Jabatan Logistik IPK, Kelantan ), 2) PF 18373 Pn. Nora binti Muhammad ( Jabatan Ketenteraman Awam IPK, Kelantan) , 3) PF 24732  En. Raizam bin Abd Rashid ( IPD Kota Bharu), 4) PF/A 2598 Pn. Liza binti Mohamad (IPD Kota Bharu), 5) PF 17449 Pn. Chua Soo Ni (IPD Tumpat), 6) PF 17731 Pn. Norfazira binti Mohd Ali (IPD Tumpat), 7) PF 22479 En. Mohd Aisar bin Seman (IPD Tumpat) dan  8) PF 19124 En. Muhammad Dasuki bin Ismail (IPD Tumpat).

Tahniah juga diucapkan kepada Pengerusi PACSU Cawangan Kelantan Ybrs Sdri. Huslinawati binti Husain yang menjadi tulang belakang dan penguat semangat serta dorongan kepada ahli-ahlinya terutama dalam setiap aktiviti yang dianjurkan mahupun aktiviti di PACSU Pusat atau program luar amnya. Sekali lagi Syabas dan Tahniah kepada Kontinjen Kelantan.

Honey Dew

PACSU Kelantan

 

 

,