MESYUARAT AGUNG CAWANGAN PACSU NEGERI SEMBILAN KALI KE – 71 TAHUN 2022 SESI 2021 / 2024

Seremban, 26/05/2022 – Mesyuarat Agung PACSU Cawangan Negeri Sembilan Tahun 2022 sesi 2021 / 2024 telah diadakan pada 26 Mei 2022 (Khamis) yang telah dirasmikan oleh YDH DCP Dato’ Ruslan Bin Khalid Ketua Polis Negeri Sembilan juga dihadiri oleh Ketua – Ketua Jabatan, Komandan Pulapol Air Hitam, Ketua – Ketua Polis Daerah, Presiden dan Setiausaha Agung PACSU Malaysia, Pengerusi PACSU Negeri Sembilan serta ahli – ahli PACSU Negeri Sembilan di Dewan Utama Ibu Pejabat Polis Kontinjen Negeri Sembilan pada jam 9.00pagi

Selepas majlis perasmian telah diadakan majlis penyerahan cenderahati kepada ahli PACSU Negeri Sembilan yang akan bersara pada tahun 2022 dan juga cenderahati kepada ahli PACSU Negeri Sembilan yang telah dinaikkan pangkat dan bertukar Jabatan. Selesai majlis perasmian telah diadakan jamuan pagi dan mesyuarat agung diteruskan bermula jam 10.30 pagi.

Mesyuarat ini juga telah disertai bersama Presiden dan Setiausaha Agung PACSU Malaysia dan juga Pengerusi PACSU Selangor bersama 2 AJK PACSU Selangor. Mesyuarat ditangguhkan oleh Pengerusi PACSU Negeri Sembilan dan selesai pada jam 12.45 petang dan diakhiri dengan jamuan makan tengah hari.

DSC05695 DSC05723 DSC05726 DSC05728 DSC05730 DSC05732 DSC05734 DSC05738 DSC05740 DSC05743 DSC05749 DSC05757 DSC05759 DSC05761 DSC05768 DSC05773 DSC05775 DSC05777 DSC05781 DSC05784 DSC05787 DSC05788 DSC05794 DSC05799 DSC05802 DSC05809 DSC05812 DSC05816 DSC05835 DSC05837 DSC05840 DSC05869 DSC05871

,