PROGRAM ‘OUTREACH’ JHEKS PAHANG BERSAMA KESATUAN SEKERJA NEGERI PAHANG TAHUN 2022

Kuantan, 21/5/2022 (Sabtu) – PACSU Cawangan Pahang telah menyertai Program ‘Outreach’ JHEKS Pahang bersama Kesatuan Sekerja seluruh Negeri Pahang yang diadakan di Pantai Sepat, Kuantan, Pahang.  Program ini telah disertai oleh kesatuan sekerja pelbagai jabatan seperti Kesatuan Perkhidmatan Semenanjung Malaysia Cawangan Timur (MTSU), Kesatuan Kebangsaan Pekerja – Pekerja JKR & Air Cawangan Jerantut,  Malayan Nurse Union (MNU) dan lain – lain. Program ini telah dirasmikan oleh Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Kesatuan Sekerja Kementerian Sumber Manusia, En. Kamal bin Pardi. Turut hadir adalah Tn.Haji Muhammad Zaeem bin Mokhtar, Pakar Teknikal Institut Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan Negara (Niosh) yang memberikan penerangan ringkas berkenaan keselamatan dan amalan selamat di tempat kerja. Antara aktiviti  – aktiviti yang dilangsungkan dalam program ini adalah seperti gotong  – royong membersihkan kawasan pesisir pantai Sepat dan aktivi memukat ikan. Program ini diharapkan dapat membentuk kerjasama yang lebih erat di antara Kesatuan Sekerja seluruh Negeri Pahang.

 

,