LAWATAN KEBAJIKAN PRESIDEN PACSU MALAYSIA KEPADA PEGAWAI AWAM IPD BALING YANG TERJEJAS AKIBAT BANJIR LUMPUR

BALING, 13hb Julai 2022– Ybhg Sdra. Anuar Bin Mamat, Presiden PACSU Malaysia telah meluangkan masa menziarah dan menyampaikan sumbangan kepada ahli PACSU IPD Baling yang terkesan akibat tragedi banjir di daerah Baling baru-baru ini.

Hadir sama dalam lawatan ini, Sdra. Mohd Azli Bin Suhaimi, Setiausaha Agung PACSU Malaysia, Sdri. Arbaayah Binti Ahmad Tajuddin, Pengerusi PACSU Cawangan Kedah dan barisan AJK PACSU Cawangan Kedah.

Sdra. Presiden juga turut memberi sokongan moral kepada ahli yang ditimpa musibah banjir. Diharapkan sumbangan yang diberikan ini, dapat meringankan sedikit sebanyak beban yang ditanggung dan semoga dapat memudahkan kehidupan seharian.

,