MESYUARAT AGUNG PACSU CAWANGAN KELANTAN KALI KE-51 TAHUN 2022

IMG-20220623-WA0076 

KELANTAN –  Khamis: PACSU cawangan kelantan telah mengadakan Mesyuarat Agung kali ke-51 tahun 2022 pada  23 Jun 2022 bertempat di Dirgahayu The Wedding House Kota Bharu, Kelantan.

Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Ydh Dato Mohamad Zaki bin Haji Harun,  Pemangku Ketua Polis Kelantan dan dihadiri oleh semua Ketua Jabatan dan Ketua Polis Daerah kontinjen kelantan. Majlis perasmian turut di sertai oleh Ybhg Encik Anuar bin Mamat, Presiden PACSU Malaysia bersama pegawai kanan PACSU Pusat.

Majlis perasmian ini disertai oleh lebih 250 ahli kesatuan dari seluruh kontinjen Kelantan. Melalui mesyuarat ini beberapa masalah dapat diselesaikan dan beberapa cadangan telah diteliti untuk penambahbaikan PACSU pada masa-masa yang akan datang. Pelbagai strategi dan perancangan telah disusun oleh PACSU Cawangan Kelantan sepanjang tahun 2022 untuk dilaksanakan bagi memberikan manfaat kepada ahli-ahli kesatuan. Mesyuarat agung diakhiri dengan penyampaian cenderahati kepada semua ahli kesatuan dan juga cabutan bertuah. Majlis selesai sepenuhnya pada jam 2.00 petang.

PACSU Cawangan Kelantan merakamkan ucapan setinggi tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Ydh Dato Mohamad Zaki bin Harun, Pemangku Ketua Polis Kelantan, Ybhg Encik Anuar bin Mamat, Presiden PACSU Malaysia, Ketua-ketua Jabatan dan Ketua Polis Daerah, Pegawai Kanan PACSU Pusat, barisan ahli jawatankuasa PACSU Cawangan Kelantan, ahli-ahli PACSU Cawangan Kelantan serta semua pihak yang telah menjayakan majlis perasmian Mesyuarat Agung PACSU Cawangan Kelantan kali ke-51 tahun 2022.

 

Tenang tenang air di laut

Sampan kolek mudik ke tanjung

Hati terkenang mulut menyebut

Budi yang baik rasa nak junjung

Sekian, terima kasih.

PACSU,

Cawangan Kelantan.

 

,