MAJLIS PERASMIAN PEJABAT PACSU CAWANGAN PERAK

IPOH, 02 Ogos 2022 – YDH CP Dato’ Pahlawan Mior Faridalathrash bin Wahid, Ketua Polis Perak telah merasmikan pejabat PACSU Cawangan Perak bertempat di Blok C Kuarters Polis Jalan Padang Tembak Ipoh, Perak.

Majlis dimulakan dengan acara memotong riben gimik perasmian oleh Ketua Polis Perak dan seterusnya menurunkan tandatangan pada plak perasmian yang telah disediakan sambil disaksikan oleh Pengerusi PACSU Perak Sdra. Mohammad Zameer bin Mohamed Akaram.

Turut hadir, YDH Supt. Mohamed Nordin bin Abdullah Timbalan Ketua Polis Daerah Ipoh (Pentadbiran), Setiausaha PACSU Perak Sdri. Rosdiah binti Safri, wakil-wakil PACSU daerah serta dihadiri oleh barisan ahli-ahli jawatankuasa PACSU Cawangan Perak.

Majlis diadakan serba ringkas tetapi penuh bermakna dan juga berasa terharu bagi kami PACSU Cawangan Perak kerana kesudian YDH CP Dato’ Pahlawan Mior Faridalathrash bin Wahid, Ketua Polis Perak untuk hadir merasmikan di saat-saat akhir perkhidmatannya disamping jadual tugas beliau yang sangat sibuk.

PACSU Cawangan Perak mengucapkan ribuan terima kasih kepada YDH CP Dato’ Pahlawan Mior Faridalathrash bin Wahid, Ketua Polis Perak di atas sumbangan sebuah pejabat khas ini yang dapat dimanfaatkan sepenuhnya bagi tujuan kemajuan persatuan PACSU Cawangan Perak pada masa yang akan datang.

,