PERHIMPUNAN KHAS SEMPENA PERSARAAN KETUA POLIS PERAK

IPOH, 04 Ogos 2022 – Bertempat di Perkarangan Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perak telah diadakan Perhimpunan Khas Sempena Persaraan YDH CP Dato’ Pahlawan Mior Faridalathrash bin Wahid, Ketua Polis Perak.

Majlis dimulakan dengan nyanyian lagu ‘Negaraku dan ‘ Sang Saka Biru’. Ketua Polis Perak diberi penghormatan untuk membuat Pemeriksaan Kawalan Kehormatan daripada Pasukan Simpanan Persekutuan Unit 5 Sg, Senam Ipoh untuk kali terakhir sebelum persaraan beliau. Turut diadakan deklamasi sajak oleh ASP Ahirrudin bin Mat Saad dari Pusat Latihan PGA Ulu Kinta, Ipoh.

Ketua Polis Perak juga menaiki kenderaan khas bersama isteri, Datin Nor Qhadhijah Binti Abdul Wahab yang ditarik oleh Pegawai Kanan PDRM Perak dan diakhiri dengan menandatangani Buku Lawatan dan pemberian cenderahati.

Turut hadir, YDH DCP Dato’ Pahlawan Azizi bin Mat Aris, Pemangku Ketua Polis Perak dan Isteri, Datin Wanita Binti Wari, Pemangku Pengerusi PERKEP PDRM Perak, Ketua-ketua Jabatan PDRM Perak, Ketua-ketua Polis Daerah, Pegawai-pegawai Kanan, Pegawai Rendah Polis, Pegawai-pegawai Awam dan Ahli-ahli PERKEP.

Di kesempatan ini PACSU Cawangan Perak ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada YDH CP Dato’ Pahlawan Mior Faridalathrash bin Wahid, Ketua Polis Perak di atas sokongan, nasihat dan bantuan yang telah disumbangkan khususnya terhadap PACSU Cawangan Perak.

,