MESYUARAT AHLI JAWATANKUASA, MAJLIS TAHLIL DAN DOA SELAMAT SERTA PENGIRAAN KERTAS UNDI SULIT

Ipoh, 11 Ogos 2022 – PACSU Perak telah mengadakan Mesyuarat Ahli Jawatankuasa Peringkat Cawangan Kali Ke-3 bagi tahun 2022, Majlis Tahlil dan Doa Selamat serta Pengiraan Kertas Undi Sulit bertempat di Pejabat PACSU Perak.

Mesyuarat telah membincangkan permasalahan, perancangan dan lain-lain isu sepanjang tahun 2022. Mesyuarat diketuai oleh Pengerusi PACSU Perak iaitu Sdra Mohammad Zameer bin Mohamed Akaram, Setiausaha Sdri Rosdiah binti Safri serta turut dihadiri oleh barisan ahli-ahli jawatankuasa PACSU Cawangan Perak.

Pengiraan kertas undi sulit turut dijalankan oleh ahli PACSU yang telah dilantik sebagai pengira undi. Majlis tahlil dan doa selamat juga diadakan bagi memohon kesejahteraan dan memperoleh keberkatan daripada Allah S.W.T yang dipimpin oleh Ustaz Adi Ruslan bin Tarmudi, JIPS IPK Perak.

,