MAJLIS PERJUMPAAN PENJAWAT AWAM NEGERI PAHANG BERSAMA MENTERI BESAR PAHANG DAN MAJLIS PENERANGAN ISU – ISU BERSAMA OLEH PRESIDEN CUEPACS

Kuantan, Pahang, 25 Ogos 2022 (Selasa) – Majlis Perjumpaan Penjawat Awam Negeri Pahang bersama YAB Menteri Besar Pahang dan Majlis Penerangan Isu – Isu Semasa oleh Presiden Cuepacs telah berlangsung di Auditorium Kompleks Penyiaran Sultan Haji Ahmad Shah, Radio Televisyen Malaysia, (RTM Kuantan), Pahang.

Majlis ini dihadiri oleh YAB Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail , Exco – Exco Kerajaan Negeri Pahang, Presiden Cuepacs Malaysia, Dato’ Haji Adnan bin Mat dan wakil – wakil Kesatuan Sekerja seluruh Negeri Pahang. Majlis ini telah membuka ruang bagi YAB Menteri Besar Pahang untuk bersua muka dan menyampaikan amanat beliau kepada wakil – wakil Kesatuan Sekerja Negeri Pahang.

Selain itu, majlis ini juga turut membolehkan Cuepacs melalui Presidennya menyuarakan tuntutan – tuntutan dan menyuarakan isu – isu semasa terutamanya berkaitan kos sara hidup yang semakin menekan yang memerlukan penambahbaikan terhadap gaji semasa penjawat awam baik di peringkat Kerajaan Negeri mahupun di peringkat Kerajaan Persekutuan.

 

 

,