MAJLIS PENYAMPAIAN SUMBANGAN BANJIR PACSU CAWANGAN PAHANG

IPK Pahang, 07/09/2022 (Rabu) – Majlis Penyampaian Sumbangan Banjir kepada Ahli PACSU & Pegawai Awam PDRM Kontinjen Pahang. Pengerusi PACSU Pahang Sdri Seri Embun telah menyampaikan sumbangan tersebut hasil kutipan derma daripada Ahli PACSU Pahang dan cawangan – cawangan PACSU seluruh semenanjung.

Selain daripada Ahli PACSU sumbangan juga telah dipanjangkan juga kepada lain – lain Pegawai Awam PDRM yang terlibat dengan musibah banjir tahun 2021 / 2022 tanpa memilih keahlian. Meskipun serahan yang agak lewat tetapi diharapkan agar sumbangan ini sedikit sebanyak dapat meringankan beban mangsa yang terlibat.

Semoga Kesatuan ini dapat meneruskan bantuan seumpama ini pada masa – masa akan datang.

#Bersatu Membantu Bersama PACSU.

,