SEMINAR KEPIMPINAN WANITA CUEPACS ZON TIMUR

Terengganu, 19-21 OGOS 2022 -Telah diadakan Seminar Kepimpinan Wanita Cuepacs Zon Timur Di Hotel Grand Continental Kuala Terengganu, Terengganu. Seminar Zon Timur melibatkan 3 negeri Iaitu Kelantan, Terengganu Dan Pahang. Bagi PACSU Pahang dihadiri oleh Pengerusi dan seorang Ajk. Seminar selama 3 hari telah berjalan dengan lancar dan setiap peserta berjaya memperolehi sijil yang disampaikan oleh Setiausaha Agung CUEPACS Sdra Abdul Rahman B. Nordin pada majlis penutup pada 21 Ogos 2022. Sempena seminar ini juga telah diadakan majlis makan malam dengan kehadiran tetamu istimewa Sdra Presiden Cuepacs Malaysia Yang Berbahagia Dato’ Adnan Bin Mat.

,