MESYUARAT AHLI JAWATANKUASA PACSU CAWANGAN PAHANG BIL 2 TAHUN 2022 – 2023

IPK Pahang, 10/8/2022 (Rabu) – Mesyuarat AJK PACSU Cawangan Pahang Bil. 2 Tahun 2022-2023 telah diadakan di Bilik Mesyuarat Baka, Tingkat 1, Kompleks PDRM Alor Akar pada jam 2.30 petang.

Antara tujuan diadakan mesyuarat ini adalah bagi membuat pengiraan undi terhadap usul yang dikemukakan ketika Mesyuarat Agung Tahunan PACSU Cawangan Pahang Kali ke – 50 Tahun 2022 yang lalu. Beberapa agenda lain yang dilaksanakan adalah penetapan tarikh serahan bantuan banjir kepada mangsa banjir dikalangan Pegawai Awam PDRM Kontinjen Pahang dan pemberian sumbangan wang tunai kepada isteri arwah Zuraidi bin Hasan yang meninggal dunia pada 01 Jun 2022.

Selain itu, isu lain yang turut dibincangkan adalah berkenaan perjalanan aktiviti – aktiviti yang bakal disertai PACSU Pahang seperti Kursus Pengurusan Kesatuan Sekerja anjuran JHEAKS (Jabatan Hal Ehwal Kesatuan Sekerja Malaysia) pada 24 Ogos 2022 dan Perhimpunan Penjawat Awam bersama YAB MB Pahang dan Presiden CUEPACS Malaysia di RTM Pahang pada 25 Ogos 2022. Mesyuarat ini berjalan lancar dan tamat pada jam 4.30 petang.

 

,